Monday, May 20, 2013

and again...losing weight!!

hai uols..
hows ya olsdiet?? me..rumpai laut??..haha..tak jalan daaa...tp ada lagi stok dalam peti sejuk. bukan apa...aku ni malas buat mende bersungguh-sungguh. hangat-hangat taik ayam. tapi tujua aku minum tu rumpai laut adalah untuk mengurangkan kolesterol dalam badan. mana tau...boleh menghindari diabetis. opss...kolesterol and diabetis ada kaitan ka pula?? well..for ya ols info..my uncle yang mengamalkan minum rumpai laut, dengan izinnya...beliau dah tak lagi jadi doktor diri sendiri. maksudnya...tak lagi perlu menyuntik diri untuk mengawal kadar gula dalam darah. tak perlu nak beli ubat mahal-mahal..minum jer air rumpai laut yang dimasak sendiri. Percaya atau tak, itu bergantung pada diri sendiri. Bila buat sesuatu, jangan was-was..makan dan berniat baik dalam hati. Walaupun rasanya tak ada bukti saintifik mengatakan rumpai laut punyai kolagen. tapi...bila ada orang boleh sembuh mengamalkannya??? apa nak diragukan lagi...barang baik, per!!

aku mok kurusssss!!

Friday, April 19, 2013

Diet Rumpai laut

haaa....i m on diet again. but this time, aku try diet rumpai laut. lagi selamat.....

Khasiat Kolagen Rumpai Laut
  • Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA
  • Anti-bakteria, membuang TOKSIN
  • Menghilangkan SEMBELIT
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
  • MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
  • Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
  • Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
  • Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT
  • Membantu meningkatkan METABOLISME
  • Meningkatkan fungsi stomatch
  • Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal
  • Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan dan purpura haemorrhagica
  • Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
  • Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
  • SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
  • Mencegah ANEMIA
  • Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya
selamat mencuba 3G momma...





Thursday, April 18, 2013

diet day 7

haa...aku dah berhenti g rapefruit diet dah semalam. tak boleh lama-lama diet buah  ni.. baca punya baca, banyak info yang bikin takut. Aku confused sebenarnya. Ada yang kata grapefruit ni cancer killer, tak kurang pula yang mengatakan akan high risk untuk mendapat breast cancer kalau diambil setiap hari untuk jangka waktu yang lama...google sendiri ek cons and pros kat tenet pasal grapefruit K. Walaupun aku semakin hari semakin suka makan prohibited fruit berkenaan. untuk berjaga-jaga aku  hentikan pengambilan grapefruit ni untuk seketika. Lain bulan aku ON balik for another 7 days. Rasanya aku mampu untuk mengawal selera makan aku dah sekarang ni. good..good...haha...aku dah makan nasi...mee goreng mamak...oh nikmatnya!!!

aku dah tak risau sangat sekarang. tiap petang aku turun dari kayangan ni ke bumi untuk bermain badminton bersama teman-teman. Aku dah terasa cam temui satu perasaan halus keyakinan diri yang bikin aku bersemangat untuk hidup. Yup, memang aku gemuk...ada aku kisah?? memang pun aku kisah!! tapi itu tak akan mematikan semangat  aku untuk menikmati hari-hari yang mendatang dalam hidupku.

apapun, kena jaga kesihatan....banyak yang ingin aku lakukan. semuanya untuk masa depan anak aku..dan aku berharap untuk hidup lebih lama meski aku tau hidup dan matiku tertulis dalam tanganNYA.

Monday, April 15, 2013

diet day 6

pagi ni breakfast dua biji telur dan half  grapefruit beserta dua gelas air suam tak dilupakan half tomato di makan begitu saja. Tak dilupakan sebiji siu mai....pasal aku yang steamkan siu mai untuk sarapan laki aku sebelum gi kerja. setakat nak merasa kata orang...=(

hari ni rasa penat jer...semalam aku bermain badminton bersama kawan-kawan kaum ibu. walaupun bukan di gelanggang yang sempurna tapi cukup buatkan aku rasa semput..sebenarnya mengikuti diet grapefruit ni tak digalakkan untuk  lakukan exercise pasal bila berdiet gaya ni, kalori yang diconsume adalah kurang daripada 1000 kalori.


stok brokoli aku pun dah habis....kena gi shopping brokoli, tomato dan carrot sebentar lagi. 

 

Sunday, April 14, 2013

diet day 5

hari ni hari ke-5 nak berdiet nih...no carb today HokeH!! untuk sarapan aku pekena grapefruit sejibik dengan dua jibik telur plus mengunyah brokoli celup air panas. actually consider brunch pasal ari ni tadi terbangun lewat, lebi kurang jam 1030am. Gara-gara asyik terjaga dengan rengekan si bongsu yang nak menyusu. Gushhh...4 kali bangun bancuh susu...jadi, siangnya jer rasa tido dengan aman bila my helper dah bangun ambil alih penjagaan. Tu pun terjada dek dengar rengekannya yang tak abis-abis.

Lunch nanti makan half grapefruit dengan slice of beacon and brocoli lagi. aiyak....tak sedap langsung makan lagu ni. tapi...I M ON DIET. haha....fight for It la ni...time makan brocoli, kena makan sebanyak mungkin agar tiada kelaparan di situ. serious betul taw...bila dah ikuti diet ni, perut kenyang jer. rasa mengidam-ngidam pun kurang. Menda yang manis akan menyebabkan kita sentiasa kelaparan dan nak isi perut.

hari ni hari Isnin...so aku nak kuatkan semangat pada minggu ni untuk berdiet ketat!!!

diet day 4

punya berkobar-kobar nak berdiet bila dapati ada penurunan pada KG. mana nak dapat tu....aku beli product yang bukan main manis lidah hari tu...tak ada penurunan sampai lagu ni. punya kenyang minum air, turun pun berapa gram jer...pun rasa badan kurang sihat siap badan jadi gatal-gatal lagi. huhu...walaupun semalam diet terkantoi, hari ni berazam nak diet carb lagi....come on myself!!

tapi...malamnya another tempation. hadoshhh....my laki balik keja bawa bersama Siu Mai..aku apo lagi, terus la gi steamkan. haha...adalah juga beberapa ketul aku sumbat dalam mulut sampai terasa kenyang. Kantoi lagi...

bila menimbang....berat still maintain cam semalam. dushhh...gara-gara termakan lebih la ni. ari tu, atleast ada gak penurunan sikit-sikit cam first day..ngan second day...cuma third day memecut ke 1kg.

azam.....disiplin...disiplin...nanti dah kurus boleh makan sesuka hati...adakah?? =) motivasi diri ba tu!!!

diet day 3

diet hari ke tiga aku kantoi!! pertama, sebab termakan bubur ala-ala bubur lambuk pada tengaharinya. hancus my carb diet... dan malam pula makan "kaw sai" atau "taik hanjing"  aka kopok lekoq ganu steam bersama suami. sedap wehhh..diri tak tertahan untuk merasakannya. ni la dia..cobaan berdiet. lagi-lagi bersama orang tersayang. takkan tengok jer kot..nak nak lagi kalu kita yang jadi tukang masanya. hakaiiiii daiii....

apapun, aku menimbang hari ni...syukurlah. 1kg reduce...

jiayo to myself!!

Friday, April 12, 2013

I m on diet---> day 2

hari ni sarapan half grape fruit dengan dua biji telur separuh masak. lunch tadi makan half grapefruit dengan sayur-sayuran berserta seekor ikan yang digoreng. malam nanti resepi yang sama gak seekor ikan serta sayur-sayuran yang masak steam.

aku sebenarnya on grapefruit diet. diet ni cut carb. maknanya, tak makan nasi or bread. diet ni tak leh dibuat lebih dari 12 hari. kalu nak sambung, kena rehat dua hari, then sambung semula. fuhhh...semalam tak makan nasi langsung. tapi time makan kena makan sayur banyak-banyak sehingga rasa kenyang. kalau tak akan jadi lebih lapar dan nak makan menda-menda lain on between.

actually aku pernah cuba buat diet ni suatu ketika dahulu...tapi tak betul caranya. haha..aku melantak dengan nasi la juga. aku tak wat research pun. Lagi pun, aku anggap grapefruit ni cam makan Sunkist jer. hadohhh...

ohya...sesapa yang nak buat diet ni, tak leh makan ubat tau...sangat berbisa ni buah grapefruit. boleh menyebabkan stroke kalau on diet jenis ni. ye lah...aku terbaca seorang perempuan yang sihat aka 3G cam aku juga jalani diet lagu ni. 3 hari on diet, si mendiang makanla ubat...ini sangat tak dibolehkan. Aku pun menghenti sebarang pengambilan ubat-ubatan ketika ini. sebab tu aku rehat 7 hari untuk membolehkan aku makan vitamin Vitality 4 product kesihatan yang dibeli oleh encik suami dari Malaleuca untuk diri ini agar diri ini sentiasa sihat, kata nya. kang tak makan, mahal pula rega ubatnya tu...suami pun bersungguh-sungguh nak pastikan aku dalam kondisi yang sihat, terima kasih bapa kepada anak-anakku.

lagi satu...dalam menjalani diet ni ada gak menda yang pantang untuk dimakan taw...bukan semua jenis sayur boleh makan. setakat ni aku steamkan brocoli, tomato, cili loceng hijau, carot dan bawang merah. memang la tak sedap rasanya weiii...tapi memandangkan berat badan aku ni di tahap yang merbahaya, kena la mamam. cuma seperkara...serious tak rasa lapar and teringin nak makan extra. rasanya selera naga aku dalam kawalan. tapi, masih awal lagi ni..tak leh nak kata apa-apa dulu. huhu..

dan juga, diet ni sebenarnya tak sihat kerana tak makan karbohidrat pun. kan badan kita ni perlukan karbohidrat. tapi aku pun tak bercadang jalani diet ni sampai 12 hari...setakat 7 hari jer..then stop. lepas tu ON balik 7 hari. rindu gak nak makan nasi wehhh... hahaha...

apapun...i m fighting for healthy life!!! tak nak kekal ber3G cam gini...sakit lutut and sakit tumit sentiasa mencari peluang untuk mendekati. Aku tak nak berputus asa gara-gara makan produk kurus yang berkesan negetive terus mematikan semangat aku untuk hidup sihat. 

jiayo!! jiayo!!

Wednesday, April 10, 2013

i m on diet--->day 1

wakakaka...cam nak tergelak dengan title di atas. well..memang pun. this is my first day OK!! diet mean, bukan tak makan taw...tapi jaga pemakanan. boleh makan apa jer..tapi pastikan makanan tersebut berkhasiat untuk badan.

aku tak nak putus asa gara-gara kegagalan aku mencapai berat badan yang aku idamkan setelah menjadi mangsa iklan produk kurus-kurus ni ha. hari ni aku bangun awal siapkan sarapan untuk suami. paling penting dalam dieting ni, kena bersarapan. no skipping OK.

bersarap plak dengan mee tomyam chef...kelasss gitu. haha..tapi aku perah lemon sejibik la. orang kata lemon boleh membantu mengurangkan berat badan. so kasi balance sama tu mee maggie la. aku lom menimbang berat badan lagi ni. later update..tapi kali ni tak nak kasi tau berapa. cukuplah aku katakan bahawa berat badan telah naik semula dari yang sepatutnya. huhu...

semakin menjadi-jadi plak

aku telah hentikan penggambilan so-called shape plus and eve fiber. nasihat kat orang di luar sana, though separate sangat nak kurus atau turunkan berat badan, hang jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang memang bikin air liur meleleh.

tunggulah, ada masa aku upload keadaan diri aku setelah pengambilan jus tersedap berkenaan. sedap memangla sedap. depa kata tak perlu diet..tak perlu excersize. hurmm...tak da menda datang bergolek cek mek weiii...bak kata kawan aku setelah aku consume this product. "wow...beauty is itchy.." haha padan ler muka aku. percaya sangat....

setelah aku berhenti, berat badan hurmmm...tak nak menipu u alls, serious mendaki. ni yang kin risau sekarang ni. bukan aku nak burukkan product tersebut, tapi bila dah kena cam gini tak kah tipah rasa tertipu? malu duuuu....kuar umah. muka kemerah-merahan dan tangan berbintik-bintik, badan ala membengkak gitu. terpaksa ke klinik la makcik ni untuk dapatkan suntikan hentikan kegatalan. Dua kali gak jarum mencucuk kat montotku ini. huhu...lepas tu, taubat tak nak minum lagi. lalu aku adukan kat ejen-ejen berkenaan. 

banyaklah soalan yang aku kena jawab...cara minum, waktu minum dan jumlah botol air yang aku minum. fuhhh....depa kata aku banyak toksin kat badan thats y jadi lagu tu. well...cam mana plak orang yang berkilo-kilo penurunan dan lebih comey dari  aku tu? tak da toksin dalam badan ker?? haiyooo....

apapun...kini aku terpaksa menerima keadaan diri yang menjadi-jadi. Bukan salah depa...salah aku yang percaya sangat. kemaruk sangat nak kurus....tercair dengan ayat power iklan depa...lucky laki aku tak ikut sama meneguk jus sedap itu...kena bebel adalah....

beginilah nasib...

Sunday, February 17, 2013

cabaran SP & EF~~~ -tve result

hampa....tu lah. termakan sangat dengan iklan kat facebook. depa kata boleh turun berkilo-kilo dalam beberapa hari. sekilo pun tak turun weiii...aku dah guna sampai 10packet..nothing to lost!!! frustrated. weii..orang gemuk cam aku..memang desperate giler nak kurus. memang betul...orang kata, janji happy..janji sihat. hurm...dengan size aku yang besar...i dont feel happy pun. you know why?? i tak leh nak shopping baju jauh sekali berfesyen. secondly, i feel heavy...nak bergerak susah. bila dah bangun, nak angkat..ya ampunnn punya payah. tu tak cerita lagi sakit tumit dan sakit lutut dek menampung berat badan yang berlebihan. susah,kan?? payah,kan?? itu tak termasuk lagi pandangan jelek orang kat insan-insan sepertiku ini. jelingan, cemuhan, hinaan tu tak tahan...makan dalam jer lah. dalam hati berbisik...sapa tak nak cantik and kurus oiii....

diet aku terbang kemana pada cuti CNY yang baru jer lepas. aku balik umah mak mertua. takda maknanya nak control diet...rugi dan melepaslah merasa masakan mertua. suami lalu pun, ada aku kesah?? haha...maknanya..godaan masakan mak mertua lagi maha hebat. memang aku makan bersungguh-sungguh. berselera sungguh...malah menjadi-jadi plak selera aku naik. hubby pun pelik...

dan....yang paling menyedihkan ketika ni...kat bahagian tangan aku (antara siku dan jemari)timbul bintik bintik gatal...menggerutu dah...tak segebu dulu...aku tak tau kalau ini adalah side effect dari pengambilan product ini. sebelum ni elok jer..after consume 6-7 days, mula timbul..termasuk kat leher aku...sedihnya.. tunggulah...nanti rajin-rajin i uploadkan gambar tangan aku yang menggerutu ini.....so, i stop dulu pengambilan. ada lagi 20 packet tu....kalau no miracles happen as what they said, nampaknya inilah kali terakhir aku mengetest diri aku jadi tikus putih.....ye lah..iklan kat fb ayat manis sangat...tak perlu tahan lapar, tak perlu diet ketat, air ajaiblah....but, see what happen to me??!!

huaaa.....aku pun nak kurus gak!!!!!


Tuesday, January 29, 2013

Cabaran SP+EF : Day 5

 Hari ni aku masak spaghetti untuk seisi keluarga as breakfast..

so, this is menu for lunch today. aku guna mangkuk kecik da...nasi 6 sudu jer..tak leh 
tak makan nasi dalam sehari uols...makan kena makan...hehe..

nah...ni makanan malam aku...jam 5pm tadi snacking buah jambu and buah belimbing cecah
dengan pitis rojak. jam 7pm aku udah take dinner dah..suami makan kat luar hari ni. so aku kena aka tterpaksa  makan sayur dengan banyaknya coz takda orang nak perabis lauk...

note:  hari ni minum 2 jug air kosong bersamaan 4liter.


Cabaran SP+EF : Day 4

day 4...tak menyempat nak captured apa yang aku makan. huhu..oh ya..hari ni hari melanggar pantang. sekadar menguji iklan yang sp+ef yang agak "over" yang mengatakan, tak payah diet ketat-ketat and makan apa jer....

breakfast : makan roti+milo
lunch  : sup sayur sahaja...
dinner:  ahaaa....nasi lemak!!!(6pm)
             : roti 3keping+ white coffe ah huat (10pm)
sambil menonton tv: kunyah jajan+yogurt+buah delima

Note: sangat-sangat nak makan memanjang jer sepanjang hari...seksanya control diri

Cabaran SP+EF : Day 3

aku masih lagi mencari rentak diet ni ha...hari ketiga aku memikirkan apakah makanan yang sesuai buat diriku. Hari ni aku rajin sikit...bangun utk siapkan breakfast...kata depa, dalam berdiet nih, tak baik skip diet. so aku pun....masak ler bee hoon sup untuk seisi keluarga.


 sarapan

lunch

gambar lunch di atas, lauk pauk bukan i bantai seorang tau..ni untuk seisi keluarga. hehe...tapi rice aku dah kurangkan amaunnya...kalau diikutkan, memang nak tambah nasi lagi. nak nak makan sambal sardin masam manis...fuhhh..control beb!!

malam aku minum milo and makan biscuit cap pingpong 8 keping..laparrr duh...huhu...

Note:  imaginasi musuh paling ketat...kalah lawan imaginasi, memang
buka peti sejuk jer lah mencari makanan.

Sunday, January 27, 2013

Cabaran SP+EF : Day 2

Hari kedua...
Perjuangan yang baru bermula...dalam hati memang menyimpan nekad nih...bersungguh-sungguh nak kuus uols..haha...mungkin mustahil untuk membunuh lemak lemak degil ni ha..tapi tak apalah...aku motivasikan diri sendiri. yang penting berusaha.

pagi ni aku bangun ja 1030am. uhukk...sebelum tu memang dah bangun dah..tapi bermalas-malasan atas katil lah..pasal malam gua tido lewat gitu..dalam jam 3am gitu. Anak sulung aku tak nak tido..huhu..ada imsomnia ker apa anak akuni...malam2 tak nak tido. nak dibiarkan jer...kang berterabur satu bilik dikerjakannya. bahaya..terpaksalah memekak malam malam buta jadi polis sentri. 

hari ni hari ahad. so we all gi church. after church gi lunch. hurmm....menguji betul lah..nak tak nak...makan juga. aikk?? bukankah kat iklan depa mengatakan..makanlah apa jer...tak da pantang. makan cam biasa...so, its ok kot aku lunch cam biasa. haha...an excuse again huh!!! Laki aku memang terror mencari tempat makan...so, really really menguji me la...paling sad...aku kena perabiskan semua lauk and nasi anak aku. huaaa....dalam hati berteka teki...berapa agaknya kalori yang aku amik ni haa....well..tak per, lepas ni gi lepak2 lagi. bakar tu kalori...an again excuses for self. aiyakkk...

sorry ar to Muslim friends viewer...menu aku agak tak halal...
dah memang makanan aku..minta maaf ek?..

agak after perut dah kenyang, my hubby bawa we all lepak kat setia alam mall.. first time menginjak kaki kat situ. sekadar window shopping...dengan niat di hati, membakar kalori dengan senang hati tanpa perlu berlari or bersenam. boleh tahan gak penat kaki. jadi..terduduk duduklah kat kerusi yang disediakan di ruangan foyer. penat sihh...haha...

pulang umah, my helper masak nasi n sup jer..yang makan dia n my doter jer. me n hubby, konon-kononnya diet. haha...but segelas milo vs biscuit cap pingpong for hubby and me, a glass of white coffee ah huat vs biscuit cap pingpong juga. sedaya upaya mengalihkan rasa nak makan nih....lagi-lagi hubby goda suh masak maggie...hope not for tonite. malam masih panjang nih...

hari ni agak kurang minum air pasal jejalan. cuma secawan fresh orange yang dikongsi sedutan bersama hubby n daughter..argghhh...kurang minum air nih..kata depa sekurang-kurangnya 3liter.

Note:  Tak nak timbang dulu berat badan...coz tak nak mengharap n kecewa




Saturday, January 26, 2013

Cabaran SP+EF : Day 1

halloo...
hari ni aku dah terima parcel "project besar tau"..aku punya excited setelah melihat iklan berulang-ulang tentang keberjayaan turunnya berat badan menyebabkan aku bersungguh-sungguh gi bankin duit malam-malam kat seorang agent ni. Dengan harapan dapat product dengan cepat...tapi, cuti la pula hari khamis. Hari jumaat tak sampai....baru semalam, iaitu hari Sabtu pak posmen datang ketuk rumah menghantar barang yang ditunggu-tunggu.  Aku apa lagi, terus bancuh....coz dah tengahari pun. tak mau tunggu esok, kaw...hahha...but....let see what happen to my diet....

 Sate Kajang Tuan Haji Samuri....hubby beli 30 cucuk...aku makan 15 cucuk lah!!! actually aku dah amik lunch dah...sate ni aku makan dalam jam3pm cam gitu la...


 Malam tak nak makan lebih jam 7pm....my hubby belikan nasi kerabu lah!!! makannya jam 10pm sambil menonton cerita Aku Anak Sampah, tv3.


jam 1200 tengah malam, aku sudahi dengan meminum Eve Fiber....wowww....first day yang sangat mencabar buat diriku. meskipun iklan kata boleh makan tanpa diet...tapi aku nak gak berdiet supaya kesannya pantas...buttttt.....y always got excuses for me to mamammmmmLAH!!! =( petang nak gi jejalan taman buang peluh...last last jejalan tesco buang duit...badan still gemok poket plak mengurus..well, just beginning ok. (just to remind myself : baru first day, what....haha)

~~~berat bersih tuan punya badan : 95kg ~~~