Friday, April 12, 2013

I m on diet---> day 2

hari ni sarapan half grape fruit dengan dua biji telur separuh masak. lunch tadi makan half grapefruit dengan sayur-sayuran berserta seekor ikan yang digoreng. malam nanti resepi yang sama gak seekor ikan serta sayur-sayuran yang masak steam.

aku sebenarnya on grapefruit diet. diet ni cut carb. maknanya, tak makan nasi or bread. diet ni tak leh dibuat lebih dari 12 hari. kalu nak sambung, kena rehat dua hari, then sambung semula. fuhhh...semalam tak makan nasi langsung. tapi time makan kena makan sayur banyak-banyak sehingga rasa kenyang. kalau tak akan jadi lebih lapar dan nak makan menda-menda lain on between.

actually aku pernah cuba buat diet ni suatu ketika dahulu...tapi tak betul caranya. haha..aku melantak dengan nasi la juga. aku tak wat research pun. Lagi pun, aku anggap grapefruit ni cam makan Sunkist jer. hadohhh...

ohya...sesapa yang nak buat diet ni, tak leh makan ubat tau...sangat berbisa ni buah grapefruit. boleh menyebabkan stroke kalau on diet jenis ni. ye lah...aku terbaca seorang perempuan yang sihat aka 3G cam aku juga jalani diet lagu ni. 3 hari on diet, si mendiang makanla ubat...ini sangat tak dibolehkan. Aku pun menghenti sebarang pengambilan ubat-ubatan ketika ini. sebab tu aku rehat 7 hari untuk membolehkan aku makan vitamin Vitality 4 product kesihatan yang dibeli oleh encik suami dari Malaleuca untuk diri ini agar diri ini sentiasa sihat, kata nya. kang tak makan, mahal pula rega ubatnya tu...suami pun bersungguh-sungguh nak pastikan aku dalam kondisi yang sihat, terima kasih bapa kepada anak-anakku.

lagi satu...dalam menjalani diet ni ada gak menda yang pantang untuk dimakan taw...bukan semua jenis sayur boleh makan. setakat ni aku steamkan brocoli, tomato, cili loceng hijau, carot dan bawang merah. memang la tak sedap rasanya weiii...tapi memandangkan berat badan aku ni di tahap yang merbahaya, kena la mamam. cuma seperkara...serious tak rasa lapar and teringin nak makan extra. rasanya selera naga aku dalam kawalan. tapi, masih awal lagi ni..tak leh nak kata apa-apa dulu. huhu..

dan juga, diet ni sebenarnya tak sihat kerana tak makan karbohidrat pun. kan badan kita ni perlukan karbohidrat. tapi aku pun tak bercadang jalani diet ni sampai 12 hari...setakat 7 hari jer..then stop. lepas tu ON balik 7 hari. rindu gak nak makan nasi wehhh... hahaha...

apapun...i m fighting for healthy life!!! tak nak kekal ber3G cam gini...sakit lutut and sakit tumit sentiasa mencari peluang untuk mendekati. Aku tak nak berputus asa gara-gara makan produk kurus yang berkesan negetive terus mematikan semangat aku untuk hidup sihat. 

jiayo!! jiayo!!

0 comments:

Post a Comment