Wednesday, November 23, 2011

busy mind relax body

ya..begitulah bunyinya title entry kali ni. mrsd sangat sibuk kebelakangan ini. satu minggu ni tak menyempat ke fitness first. biasanya untuk bersauna jer. well, sekarang nak bersauna pun tak boleh. nak duduk diam dalam bilik yang hangat itu tatkala otak aku sibuk memikirkan tugasan tidak memberi sebarang effect ketenangan dalam hati dan fikiran mrsd. or..mungkin body rasa relax kot. cuma otak aku tak leh nak terima message yang aku sebenarnya berehat.

apapun, semenjak aku bersauna, kesan yang aku boleh rasakan ialah, sistem pencernaan aku berjalan dengan lancar. sebelum itu, aku boleh menyimpan stok busyuk sampai tiga ke empat hari. tapi after mensaunakan diri, bolehlah dalam sehari aku terus termenung di ruangan itu. haha...

oklah...rasanya aku kesuntukan badan untuk work-out atau memperhatikan diri sendiri beberapa bulan ini. hopefully when everything settle, aku boleh jalani kehidupan sebagai manusia biasa yang mempunyai rutin kehidupan yang teratur.

Friday, November 11, 2011

Pinjam Cd jer

hai uols..
today mrsd tak gi detox toxin. donno why, terasa penat jer...walaupun tak lakukan aktiviti lasak. mrsd rajinkan diri buat research tentang kebaikan bersauna nih..apa yang mrsd dapat, rata-rata penulisan cam copy and paste jer. sama jer semua..ada plak tu, ayat sebijik-sebijik. susunan karangan nyer jer yang berbeza. haha...apapun, depa mengatakan 15minit bersauna bersamaan 30 minit berenang/beraerobik ect...sebanyak 400-600 kalori yang terbakar disamping penyingkiran toksik. cam best jer bunyinya kan?? 

but then, bertahankah anda?? itu persoalannya. haha..so the panas, you. kekadang tu, ada insan yang baru masuk dengan gagah beraninya gi tuang air atas batu pemanas sauna tu. fanassss terus hati orang yang dah lama duduk kat dalam. ko tu baru masuk, agak-agaklah weiii....kalau ko sorang jer kat dalam bilik sauna tu, tak per gak. actually,mrsd selalu gak sorang-sorang dalam bilik sauna. cam bodoh jer rasa coz tercongok jer disebalik kesamaran lampu yang redup. paling best bersauna ni, kalau ada teman bicara...tak sedar masa berlalu. kekadang mrsd rajin gak membuka tirai perbicaraan. tapi kena tengok siapa yang masuk arr..kalau cam kerek jer orang yang masuk, mrsd buat bodoh gak.. katanya boleh menenangkan fikiran. tapi...mrsd nyer fikiran tak leh nak relax pasal mrsd sibuk sangat layan kepanasan suhu. terkadang berbaring gak...dulu boleh tertido. la ni..haiya...start from beginning bah.

done with sauna thingy. mrsd sekadar ke fitness first hari  ni untuk menghantar cd. haha..depa ada sediakan kemudahan meminjam cd. boleh dikatakan setiap malamlah si nelly menonton cd citer omputeh dan melayu. tapi, cuma satu jer cd untuk setiap kali peminjaman. apa daaa...

mrsd siap bawa anak lagi hari ni. apa nak buat...mrsd kesian tengok nelly dan anak yang dah seminggu terperap dalam rumah. tak nak gak depa kebosanan. oh ya, sempat gak mrsd membawa mereka berdua ke tasik petang tadi. gi bagi kura-kura dan ikan  makan. ala-ala piknik gitu...sambil makan keropok dan minum2. anak aku suker jerrr...heeee...tapi cuaca tak mengizinkan. luckyly we all cepat-cepat blah sebelum rintikan hujan bertambah deras.

Tuesday, November 8, 2011

Fitness First

hai uols..
ada sihat?? ada slim?? ada naik berat badan??? hurmm..mrsd  cam biasa. maintain...haha...sekarang mrsd mula rajinkan diri ke gym--fitness first. terpaksa beb...risau gak dengan keadaan diri yang semakin menjadi-jadi ni. kembar blue hypoo per...haha...

tapi mrsd tak buat exercise yang memerlukan tenaga. takut luka lama berdarah lagi..haha..still tak boleh nak angkat-angkat berat or berlari-lari cam jaguan. mrsd cuma merelaxkan diri di dalam sauna dan mandian wap. dah lama tak stay dalam sauna room, 15min cam lama jer rasanya. now...sedang biasakan diri untuk 30 minit bertahan. phiewww...panas you. mandi wap pun lebih kurang wap pun lebih kurang cam gitu juga..bau-bauan serai menyegarkan.

mrsd tak nak targetlah badan mrsd terus mengempis. tapi so far, after melepaskan toksin-toksin yang terkumpul dengan bergayanya pada badan mrsd ni, mrsd rasa ada ringan sikit lah...badan tak rasa kaku sangat cam sebelumnya.

apapun, mrsd nak sihattt!!! =)

Thursday, October 27, 2011

terabai

sorry uols...
blog yang ni cam terabai jer kan?? well..mrsd tak da masa nak update uols. bukan sengaja. apapun..pasal kendiri mrsd buat masa sekarang...perkembangan?? semakin berkembang dengan jayanya....hua hua hua...gelak dalam tangisan uols. memang badan ini semakin gedempol. so sad melihat potongan yang semakin tak kemas. bak kata seorang cousin aku3G, "cammana mahal or cantik pun pakaian yang dikenakan, kalau si gedempol pakai nampak cam tak smart langsung".  aku3G pun setuju. aku buat masa sekarang tak da masa nak gi adjust semula shape badan ni ha. sibuk dengan tugasan harian dan juga sibuk dengan anak. kata orang, ada anak lagi boleh menguruskan. aku tak pun.. hadoiii.. apapun...sabar jer lah dulu. yang penting so far, so good...so sihat. cuma mudah semput jer lah...aku3G dah lupa cam mana cara untuk berlari. kalau kena kejar anjing, naknya bergoyang seluruh alam kalau mrsd berlari kot...setakat ini aku3G cuma mampu jalan terkedek-kedek mode perlahan.

sibuk sangat sampai body terabai dan kelihatan serabai. sad kan??..huhu

Friday, September 30, 2011

Birthday Treat!!

semalam, 30/9/2011...Husband Aku3G telah membawa Aku3G dan adik Aku3G kuar makan kat Black Canyon. nak celebrate wife dier nyer birthday..belated sehari jer..thanks mrD. kenyang owhh....plus Sodap. So, this is what we eat...licinnnn sehhh....




Terima Kasih husband Aku3G. Sayang awak banyakkkkk!!!

Tuesday, September 27, 2011

what say you..too full.

phiewww...kenyang giler. sampai tak leh nak bergerak dah. malam ni dine kfc+nasi. tapau...awal2 bini sms husband dia. teringin dan ngidam makan ayam goreng bah. tapi sebelum tu, bini makan Massimo bread untuk tahan lapar. apa tak kenyang derr....rasa nyesal pula makan banyak. hadeii...now nak berlingkar jer. cam ulo sawo daahhh....tak leh nak gerak. teruk ehhh...

thanks to mrd.

Monday, September 26, 2011

Tapau Raya

last saturday gi rumah kawan for makan-makan raya. rumahnya terletak di kinrara. kat address yang dia bagi dia buat (warna) kat alamat yang diberi. aku pun cakap kat husband. rumah dia ada warna kot. maybe color rumah dia lain dari yang lain warnanya. haha..mana tau memang Warna adalah nama taman tempat tinggal tersebut. itu pun aku sedari apabila we all pulang, nampak kat pagar-wall- kawasan taman tersebut. aiseyymann...bikin malu aku jer.

sampai kat rumah  member tersebut, ramai gak orang. haha..terasa ganjil jer pegi umah member aku ni. Ramai orang cina..ye lah, suami dia Mualaf.  Kenalan cina pun tentu ramai. aku terasa cam gi chienese new year nyer open house plak..tapi bila nampak satay bagai, otak aku pun tune balik. aku open house Raya Aidilfitri lah. hadeii... so, kami tiga beranak pun santai la kat umah depa selama 2 jam. tetamu datang dan pegi..we all pula tak  time nak balik. ingat nak lepak2 ngan member aku dan anak dia. tapi depa pun sibuk gak melayan tetamu.

jam 8pm kami pun permisi minta diri. kami dibekalkan "take away" satay by mr.&mrs Hoo n mommynya mrs. hoo. banyak gilerr...isshh cam malu pula. husband aku bisik kat aku "tak payah la..." aku pun say it out. tapi mr. Hoo cepat-cepat masukkan satay dalam plastik. mak aiehhh.....


kat rumah, memang jadi bekalan supper dan bersambung sampai keesokan harinya. Rezeki....makan habis. tak baik dibuang,kan. orang memberi kita merasa. aku paling suka dadih depa. yummieee sungguh!!

Thanks once again Maslin & Ivan~~~>DAREEZ<~~~. Selamat Hari Raya 2011.


Thursday, September 22, 2011

i'M LOvin' it!!

setiap kali jumaat menjelma..pasti aku punya tekak ni rasa semacam jer..macam batu belah batu bertangkup.

 Ada-ada jer benda yang ingin disumbat dalam aku nyer molot ni. cam mengidam time ngandung-ngandung pula bila teringatkan makanan SEDAP!! air lio meleleh weii...

habis tu...

Aku3G tak sedar diri lagi ker??!!!

NAFSU MAKAN kawal OK!!!

tapi barang baek...huhu....boleh tenangkan aku. 

Alasan.



Gambar di atas cuma ilustratrasi...opps...maknanya. bukan yang ni aku nak..aku nak  set lain.

~~~~> McDonald's® Family Dinner Box™<~~~~

::..mELIuR-LiUR moDe..::

Tuesday, September 20, 2011

Aku3G yang CANTIK!!

Betul. Aku memang cantik. heee...bukan aku yang cakap tau..ada orang yang katakannya pada aku. nak tau siapa??? ada la....apa boleh buat. dah orang kata cam gitu kat aku. aku bersyukur jer lah. berbangga di dalam hati. tak nak pula mendabik dada...hahaha...isss..uols masih gak nak tau siapa ker kata aku CANTIK ni?? oklah..tak nak rahsia dah...James Blunt. ni lyric dia tuju khas kat aku...aiseymannn....jangan jeles yer. Walaupun Aku3G tapi aku still cantik. (sediakan baldi sebelum anda muntah,OK!!) Apa?? Disebabkan aku gemuk, gempal dan gebu aku tak cantik ker?? anda yakin orang yang kurus itu cantik??halo??? aku pun tak nak bias dalam hal ni..coz ada gak yang kurus ni muka cam tongkang pecah. ada gak yang memang marvelouslah, itu tak boleh dinafikan...tapi,kan...secantik mana pun orang gemuk, orang tetap tak akan menyedarinya pasal orang bias pada sizenya. INI TAK ADiL!!! huahaha...lontaran perasaan dalaman ni...iye la...siapa la saya,kan?? tapi tak apa lah..aku sedar siapalah diri ini. 

My life is brilliant.
My love is pure.
I saw an angel.
Of that I'm sure.
She smiled at me on the subway.
She was with another man.
But I won't lose no sleep on that,
'Cause I've got a plan.

You're beautiful. You're beautiful.
You're beautiful, it's true.
I saw your face in a crowded place,
And I don't know what to do,
'Cause I'll never be with you.

Yeah, she caught my eye,
As we walked on by.
She could see from my face that I was,
Flying high,
Fucking high,
And I don't think that I'll see her again,
But we shared a moment that will last till the end.

You're beautiful. You're beautiful.
You're beautiful, it's true.
I saw your face in a crowded place,
And I don't know what to do,
'Cause I'll never be with you.

You're beautiful. You're beautiful.
You're beautiful, it's true.
There must be an angel with a smile on her face,
When she thought up that I should be with you.
But it's time to face the truth,
I will never be with you.

Monday, September 19, 2011

Bravo!!

My BraVo shout to aku3G 1st Follower!!

~~~>KakakKatak<~~~

Welcome to my world...heee..and..i think i know you..and you know me...apapun, gambate!!! say it out loud...AKU NAK KURUS!!! haha..tapi makan harus makan,kan??

regards and lots of  love to Kakakkatak.

muahh!!

kalau dah nak mudah...

beginilah jadinya. makan sorang-sorang. makan apa pun tak kisah. semua nak segera. tak bersayur pun tak apa..janji perut tak kosong. haiyaya....

Ini jer lauk aku untuk tengah hari ni...boleh laa...=)

Sunday, September 18, 2011

aku yang sakit

kesihatan aku3G hari ni tak berapa OK. ada flu. ada cough. ada pening biji kelapa. Now, kusut pula memikirkan tugasan VS si kecik. susaahnya menjadi seorang ibu VS pelajar dalam satu-satu masa. lagi-lagi anak yang belum mengerti kata-kata "jangan" atau sebarang pujukan. Busy memanjang dengan urusan kekeluargaan. Akademik?? ~~jeritan jauh dalam sudut hati~~.

Batuk+hidung tersumbat=sakit kepala. memang amatlah menyeksakan. Oh Tuhanku, berilah kesihatan badan yang baik buat diri ini agar segala urusan harianku berjalan dengan lancar.

Aku3G nak beradu dah ni...nite uols.
 
muaahhhh!!

Saturday, September 17, 2011

Muffins Lover

Dulu aku selalu ngidam makan muffin buatan kenny rogers. tapi...rupa-rupanya orang yang terdekat dengan aku pun pakar dalam bab-bab roti-roti ataupun cake-cake termasuklah juga muffin. hurrmm..tetiba teringat kat muffin coklat dia. Suka sangat makan muffin dia yang fresh yang baru kuar dari oven. Minum dengan Milo panas...heaven. ishhh...teringatlah pula hasil karya mrd yang yummie..yummie....Lihatlah sentuhan tangan beliau... Kalah aku3G ok!! Well, dah  memang bidang dia. mestilah Aku3G angkat bendera putih... hee...




hurmm...nak gak promote MrD ni...sambil menyelam sambil minum air bak kata orang...."sesiapa yang nak buka kilang roti tu..atau bakery silalah contact MrsD k. Mana tau emak, bapa, makcik pakcik anda nak buka kilang roti tapi tak tau product apa yang nak dikeluarkan. Jangan malu...jangan segan....Bolehlah tanya kepada yang pakar dan yang arif, MrD. Beliau boleh menjadi consultant dan juga pembekal kepada bahan mentah anda."

Aku3G pemakan Muffin tegar.

Friday, September 16, 2011

Favourite gitu

Mee Tomyam thai telah menjadi kegemaran kami suami isteri. sedap memang sedaplah...Rasanya susah didapati di supermarket kot. Ini pun, ayah mertua yang belikan di Terengganu. Sebungkus cukup mengenyangkan. Adik aku3G pun tak larat nak habiskan. Aku3G plak??? pulun habis....2 bungkuih lepas owhhh. haiyaaa!! cam mana tak mok-mok. hihi...


Wednesday, September 14, 2011

Asam Pedas VS Durian

slurppsss...
pernah tak ko orang cuba makan ikan asam pedas dengan durian. fulamakkk....aku3G bilang sama lu...memang menjilat jarilah jawabnya. nasi pulak semestinya bertambah-tambah....phiewww...tak tumbuh tak melata. tak sungguh aku3G tak kata...eheee....dah. sudah. aku3G dah lapar la pulak. hadoiii...

Masakan Asam pedas aku3G..~wink-wink~~

Durian oh durian

Amacam uols??... try la...

Balun 2 bungkus

Tengahari ni hujan turun. baru bersiap-siap nak turun gi cari makan. cancelled. kat umah stok dah habis. yang ada cuma pelbagai stock mee. so, aku pun usha jer mee tomyam thai kegemaran mrd. 2 bungkus di gapai...lalu di masak. ingatkan nak masak untuk dua orang termasuk adik aku. dia sedang layan blues..almaklumlah hujan, mata cam syiokkk jak terkatup. Memandangkan beliau agak  mamai untuk bangun, maka aku dengan bergayanya menghabiskan mee thai siap yang sebanyak 2 bungkus itu sorang-sorang. fuyooo....kenyangnya. Nak simpan semula, alang-alang pula..so aku songlap semuanya. so, sekarang terasa mengantuk la pula. My adik pun dah bangun dan beliau gi masak untuk diri sendiri pula. heeee...

moral of the story, lebih baik makan secara normal. nak diet kononnya...tapi last-last makan berganda dari yang sepatutnya. kan nyesal dah...huhu

Tuesday, September 13, 2011

2 X 5

last nite...suami minta masakkan mee tomyam thai. lepas makan, ngadu sakit perut. aku cakap kat dia "tu lah..lain kali jangan kutuk masakan bini. bini masak dah kira baik". berulang-alik jugalah beliau kuar masuk "bank". dan....setelah jam 3.26am perut aku pula memulas. terasa nak menyahut seruan alam..ghossttt....here i go. ciao!

Phiewww...i m back. lega rasanya. tu lah dia...penangan Mee Tomyam Thai. eloklah juga...Pelawas... kita orang tak makan malam semalam. just makan bread ngan telur goreng jerk lewat petang. bila nak makan malam, dah alang-alang pula. Perut terasa penuh jer.. tu yang last-last gi makan mee tomyam. perut kosong + pedas =?? tau sama tau lah ek.

cam mana nak diet ni?!!

B.O.S

tertarik aku dengan iklan yang terpampang di dinding tesco semalam ketika pulang membeli belah. lantas aku menghulurkan camera buat husband mrs.3G. Dia pun agak tercengang-cengang. Nak buat apa?? aku jawab sambil menudingkan jari ke dinding tersebut. Husband mrs.3G tersenyum paham. Lalu beliau pun capturedlah image yang sepatutnya. meh kita lihattt.....ada persamaan,kan???


~~mode :  geram!!!~~

Sunday, September 11, 2011

Open House on 11 September

Hari ni aku lunch di rumah jiran yakni kak Ina. Well...kan aku telah diimport untuk menjadi tukang masak. apa lagi, aku pun mamam lah dengan bersemangat. Tapi aku segan plak nak gi menambah nasi. Ok la tu...boleh ker nak berdiet kalau gi rumah terbuka. nak-nak perut dah berdongdang sayang. Makan pun kena control macho beb!!! kalau di rumah sendiri, siaplah. Suami duduk di depan pun tak nampak..haha...

Sampai ke rumah, Mr.D tegur plak. "Kena jaga pemakanan tu...awak tak perasan ker diri awak tu gemuk?" oppsss..owh owhh....aku terdiam. Perasan memang perasan. Dah lama dah perasannya. Tapi aku rasa aku makan cam biasa jer. sepinggan nasi wajib penuh OK!! haha....well, makanlah selagi ada selera. Nanti kalau kenikmatan ini ditarik balik, kurus mengering la pula tekak tak nak menerima makanan. Lagi parahh...

apapun, pesanan penaja lagi....harus beringat-ingatlah ketika makan. Makan pun kena berpada-pada OK!!

Saturday, September 10, 2011

Seksanya menjadi 3G

semua orang maklum. not easy mannn...not easy to move. to kneel. to jump. to run....kalau boleh pun, adalah juga gaya penguin  menyertai. haha..aku sendiri mengatakannya. so, orang yang sepertiku janganlah kiranya kalian terasa hati. ini adalah hakikat 3G. Terkedek-kedek. lembap. fuhhhh....

Paling menyakitkan hati....Big size come with big package. hadoiii...everything big. and money spend also must big-big one la... seksanya mencari baju. seluar. kedai-kedai size doesnt matter sangat susah untuk ditemui. kalau adapun, fesyen yang disarankan oleh designer kat luar sana...Ya ampun. nak pakai tak nak pakai jerk...dan, pakaian-pakaian besar ni tak murah oiii. Hari tu aku ronda kat Boss di tesco. adalah berkenan kat satu baju tu...harga lebih kurang rm70-90. sedangkan kalau baju bersize S,M,dan L bersepah jer boleh didapati dengan mudah dan harga berpatutan. u see...sangat-sangat menyeksakan. seksa nak cari baju, seksa nak keluarkan RM besar-besar. pening-pening....

teringat zaman S dan M ku suatu ketika dahulu. owhhh..semuanya itu cuma tinggal nostalgia. sedih,kan.
sob sob sob...

Aku 3G

aku--->3G. terlintas di kepala otakku untuk mendefinisikan diri sendiri. Dari dulu aku memeranginya tapi tidak berjaya. Malah semakin menjadi-jadi...maka dengan ini tertubuhlah pula satu inisiatif untuk berkongsi kisah hidup orang-orang seperti aku. Dengan segan silunya aku sedaya upaya untuk menampilkan diri. Bukan untuk dipersendakan atau diketawakan...sebaliknya untuk  menjadi iktibar dan pedoman yang boleh dikongsikan bersama insan-insan yang ingin mengerti.

3G. aku. Gemuk.Gempal.Gebu....ya. itu adalah aku. aku ingin mengongsikan perasaan dan pengalaman memiliki tubuh yang berdaya 3G kepada semua dunia. Lihatlah dan dengarlah dunia.....keluhan dan suara hatiku serta orang-orang yang senasib denganku.

aku akan cuba untuk mengongsikan Diet harian aku, penjagaan pemakanan aku serta penjagaan kesihatan aku bersama dunia. Senang cerita, aku punya gaya hidup yang menyumbang kepada tumbesaran yang berjaya. ko orang nak gelak...gelaklah. Berdosakah aku memiliki tubuh 3G begini?? Apa salah aku sehingga aku diketawakan???

begitulah lebih kurang inti pati blog 3G yang aku wujudkan ini. selamat membaca kisahku. 
kisah benar seorang aku 3G.