Wednesday, November 23, 2011

busy mind relax body

ya..begitulah bunyinya title entry kali ni. mrsd sangat sibuk kebelakangan ini. satu minggu ni tak menyempat ke fitness first. biasanya untuk bersauna jer. well, sekarang nak bersauna pun tak boleh. nak duduk diam dalam bilik yang hangat itu tatkala otak aku sibuk memikirkan tugasan tidak memberi sebarang effect ketenangan dalam hati dan fikiran mrsd. or..mungkin body rasa relax kot. cuma otak aku tak leh nak terima message yang aku sebenarnya berehat.

apapun, semenjak aku bersauna, kesan yang aku boleh rasakan ialah, sistem pencernaan aku berjalan dengan lancar. sebelum itu, aku boleh menyimpan stok busyuk sampai tiga ke empat hari. tapi after mensaunakan diri, bolehlah dalam sehari aku terus termenung di ruangan itu. haha...

oklah...rasanya aku kesuntukan badan untuk work-out atau memperhatikan diri sendiri beberapa bulan ini. hopefully when everything settle, aku boleh jalani kehidupan sebagai manusia biasa yang mempunyai rutin kehidupan yang teratur.

Friday, November 11, 2011

Pinjam Cd jer

hai uols..
today mrsd tak gi detox toxin. donno why, terasa penat jer...walaupun tak lakukan aktiviti lasak. mrsd rajinkan diri buat research tentang kebaikan bersauna nih..apa yang mrsd dapat, rata-rata penulisan cam copy and paste jer. sama jer semua..ada plak tu, ayat sebijik-sebijik. susunan karangan nyer jer yang berbeza. haha...apapun, depa mengatakan 15minit bersauna bersamaan 30 minit berenang/beraerobik ect...sebanyak 400-600 kalori yang terbakar disamping penyingkiran toksik. cam best jer bunyinya kan?? 

but then, bertahankah anda?? itu persoalannya. haha..so the panas, you. kekadang tu, ada insan yang baru masuk dengan gagah beraninya gi tuang air atas batu pemanas sauna tu. fanassss terus hati orang yang dah lama duduk kat dalam. ko tu baru masuk, agak-agaklah weiii....kalau ko sorang jer kat dalam bilik sauna tu, tak per gak. actually,mrsd selalu gak sorang-sorang dalam bilik sauna. cam bodoh jer rasa coz tercongok jer disebalik kesamaran lampu yang redup. paling best bersauna ni, kalau ada teman bicara...tak sedar masa berlalu. kekadang mrsd rajin gak membuka tirai perbicaraan. tapi kena tengok siapa yang masuk arr..kalau cam kerek jer orang yang masuk, mrsd buat bodoh gak.. katanya boleh menenangkan fikiran. tapi...mrsd nyer fikiran tak leh nak relax pasal mrsd sibuk sangat layan kepanasan suhu. terkadang berbaring gak...dulu boleh tertido. la ni..haiya...start from beginning bah.

done with sauna thingy. mrsd sekadar ke fitness first hari  ni untuk menghantar cd. haha..depa ada sediakan kemudahan meminjam cd. boleh dikatakan setiap malamlah si nelly menonton cd citer omputeh dan melayu. tapi, cuma satu jer cd untuk setiap kali peminjaman. apa daaa...

mrsd siap bawa anak lagi hari ni. apa nak buat...mrsd kesian tengok nelly dan anak yang dah seminggu terperap dalam rumah. tak nak gak depa kebosanan. oh ya, sempat gak mrsd membawa mereka berdua ke tasik petang tadi. gi bagi kura-kura dan ikan  makan. ala-ala piknik gitu...sambil makan keropok dan minum2. anak aku suker jerrr...heeee...tapi cuaca tak mengizinkan. luckyly we all cepat-cepat blah sebelum rintikan hujan bertambah deras.

Tuesday, November 8, 2011

Fitness First

hai uols..
ada sihat?? ada slim?? ada naik berat badan??? hurmm..mrsd  cam biasa. maintain...haha...sekarang mrsd mula rajinkan diri ke gym--fitness first. terpaksa beb...risau gak dengan keadaan diri yang semakin menjadi-jadi ni. kembar blue hypoo per...haha...

tapi mrsd tak buat exercise yang memerlukan tenaga. takut luka lama berdarah lagi..haha..still tak boleh nak angkat-angkat berat or berlari-lari cam jaguan. mrsd cuma merelaxkan diri di dalam sauna dan mandian wap. dah lama tak stay dalam sauna room, 15min cam lama jer rasanya. now...sedang biasakan diri untuk 30 minit bertahan. phiewww...panas you. mandi wap pun lebih kurang wap pun lebih kurang cam gitu juga..bau-bauan serai menyegarkan.

mrsd tak nak targetlah badan mrsd terus mengempis. tapi so far, after melepaskan toksin-toksin yang terkumpul dengan bergayanya pada badan mrsd ni, mrsd rasa ada ringan sikit lah...badan tak rasa kaku sangat cam sebelumnya.

apapun, mrsd nak sihattt!!! =)